HADIS 40

Monday, October 31, 2011

PAS SABAH BERSEDIA MENGHADAPI PILIHAN RAYA

SUMBER: HTTP://ANAKBULANMODEN.BLOGSPOT.COM

KOTA KINABALU, 30 Okt: PAS Sabah kini menumpukan usaha untuk menawan Sabah yang kini diterajui kerajaan pimpinan UMNO/ Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum Ke-13.

Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah Hishammudin Sulaiman (gambar) berkata, PAS kini bersedia memikul amanah mengurus negeri Sabah daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai negeri itu.

“Sudah sampai masanya UMNO/ BN mengangkat bendera putih,” kata Hishammudin dalam Sidang Media selepas perasmian Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Kota Kinabalu Kali Ke-21 di Dewan Saadah, Wisma MUIS disini pagi tadi.




“Kerajaan Sabah dilihat begitu banyak kepincangan dan ketirisan sama ada sektor pentadbiran atau pengurusan. Tidak banyak pembangunan yang dibuat berlandaskan kepada keselesaan rakyat,” tambah Hishammudin lagi.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Pensiangan ini mendakwa kebanyakan janji-janji yang ditaburkan UMNO/ BN kepada rakyat hanyalah seperti menanam tebu dibibir.

“Kita sudah ada negeri contoh seperti Kelantan dan Kedah. Negeri Kelantan sudah diperintah hampir 25 tahun oleh PAS, sudah banyak contoh yang boleh diambil untuk ditiru oleh negeri-negeri yang UMNO/ BN perintah,” ujarnya.

Hishammudin berkata, kepimpinan PAS Sabah sudah mula menggerakkan jentera kawasan sebagai langkah awal mendendang paluan gendang untuk menanti pilihanraya.

“Kita juga telah melancarkan jentera pilihanraya setiap kawasan di Sabah. Itu persediaan awal yang kita buat,” katanya.

Selain itu, Hishammudin juga berkata PAS Sabah akan memberi saingan sengit kepada UMNO/ BN dan tidak akan membiarkan UMNO/ BN berada dalam keadaan selesa setiap masa.

Ketika ditanya mengenai hubungan antara Pakatan Rakyat Sabah, Hishammudin mengatakan bahawa hubungan yang dijalinkan bersama DAP dan PKR sangat baik.

“PAS menyeru kepada semua rakyat, bahawa PAS akan menjadi mata, telinga, tangan, lidah dan kepala rakyat untuk mengangkat kehidupan rakyat ke arah kesejahteraan dan keluar dari kepompong kezaliman,” jelasnya.

Tragedi kemalangan kereta api dengan tangki minyak negeri Sabah (Petagas)

1 nov 2011,jam 5.37 petang berlakunya satu tragedi yang menyayat hati di mana pelanggaran lori tangki minyak dengan kereta api,menurut sumber kereta api berkenaan dalam perjalanan menuju ke stesen kereta api yang berpusat di tanjung aru bersebelah dengan stesen janakuasa elektrik SESB dan manakala lori tangki minyak berkenaan sedang menuju ke stesen minyak shell bersebelahan dengan landasan kereta api berkenaan  pemandu lori tangki minyak berkenaan mengalami cedera ringan dan patah kaki ...menurut sumber lagi dua grabak kereta api berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana api yang tinggi menjulang...



ketika kebakaran berlaku di fahamkan kedengaran letupan yang kuat sebanyak 3 kali berturut-turut berlaku..
tepat pada jam 6 pm pasukan bomba dan penyelamat daripada penampang dan juga kota kinabalu bergegas ke tempat kejadian,dan tengah bertungkus lumus untuk memadamkan api,kesesakan jalan raya bertambah teruk ekoran daripada api yang merebak ke tepi jalan raya berkenaan ..






Monday, October 24, 2011

Harapan mahasiswa pada Bajet 2012


Terdapat satu harapan yang cukup besar dalam kalangan rakyat untuk mendengar khabar gembira daripada pembentangan Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kakitangan awam, misalnya, ternanti-nanti ungkapan kenaikan gaji ataupun bonus diungkapkan sendiri daripada mulut Perdana Menteri dalam pembentangan bajet tersebut. Begitu juga dengan sektor-sektor lain yang mengharapkan khabar gembira yang mampu merangsang kembali pertumbuhan ekonomi secara mekar dalam usaha untuk mewujudkan sebuah Negara berpendapatan tinggi.
Secara fokusnya, mahasiswa juga dilihat sebagai salah satu sasaran yang harus diketengahkan dalam pembentangan bajet. Walaupun dalam pembentangan Bajet 2011, sebanyakRM 10.2 billion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, namun dalam konteks realiti mahasiswa, peruntukan tersebut seolah-olah tidak dirasakan kewujudannya dalam bentuk nyata, apatah lagi masalah kenaikan kos sara hidup yang meningkat berpunca daripada keadaan global yang tidak stabil terus-menerus menyebabkan perbelanjaan harian terpaksa dikurangkan terutamanya berkaitan dengan soal makanan, pengangkutan, sewa rumah dan buku-buku pelajaran. Kesannya, terdapat pelajar yang terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan semasa menyebabkan fokus kepada pelajaran semakin kurang.
Oleh hal yang demikian, suatu strategi yang bersifat jangka pendek dan panjang harus dirangka. Strategi jangka pendek yang bersifat untuk menyelesaikan masalah semasa ialah fokus bagi menstabilkan dan menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup disebabkan faktor global, manakala strategi jangka panjang pula adalah untuk menstabilkan rantaian dalam konteks masyarakat secara makro.
Dari sudut strategi semasa, yang bersifat jangka pendek iaitu sepanjang tempoh pengajian mahasiswa, masalah yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini adalah masalah peningkatan kos sara hidup yang bersifat semasa merangkumi keperluan asas seorang pelajar termasuklah makanan, pengangkutan serta buku teks. Suatu inisiatif perlu diikhtiarkan dalam usaha untuk mengatasi masalah ini. Antara perkara yang dicadangkan adalah berkaitan dengan rasionalisasi subsidi yang dituruti dengan distribusi kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Peruntukan subsidi yang telah dirasionalisasikan seharusnya diagihkan kepada masyarakat khususnya kepada golongan pelajar mahupun mahasiswa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup. Teknikalnya, peruntukan tersebut mungkin boleh diagihkan melalui pendaftaran di pejabat-pejabat pos atau pihak yang berkaitan sekurang-kurangnya mampu mengurangkan beban dalam konteks sara diri.
Begitu juga, penggunaan pas pelajar juga dicadangkan dapat digunakan secara meluas bagi mendapatkan diskaun untuk pengangkutan dan pembelian buku-buku teks. Walaupun dalam Bajet 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penggunaan kad diskaun tambang sebanyak 50 peratus bagi pelajar untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), namun, penggunaan kad tersebut dicadangkan digunakan secara meluas termasuklah penggunaan bas awam dan ekspres serta lain-lain.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan budaya membaca dalam kalangan masyarakat juga, spesifikasinya golongan mahasiswa, seharusnya galakan untuk membaca dilaksanakan melalui peruntukan khas bagi pembelian buku teks atau buku-buku akademik yang lain. Penggunaan pas pelajar bagi mendapatkan diskaun dalam pembelian buku juga merupakan salah satu usaha yang harus difikirkan dan dimasukkan dalam perancangan dan penelitian Bajet 2012.
Tidak sekadar strategi jangka pendek sahaja difikirkan, strategi jangka panjang juga perlu dirangka secara bersama sebagai pelengkap bagi pakej yang berkaitan dengan konteks pelaburan modal insan ini. Isu berkaitan dengan kenaikan umur persaraan sehingga 60 tahun serta gaji minimum sehingga RM1,500 perlu dilihat dalam konteks yang lebih terkehadapan. Kenaikan umur persaraan sehingga 60 tahun akan mengurangkan bilangan pekerjaan bagi golongan mahasiswa yang keluar daripada universiti. Kesannya, kepakaran pekerja baru melalui proses pelaksanaan kerja melalui pengalaman akan semakin menurun. Impaknya juga, akan berlaku pengangguran dalam tempoh masa yang lama, apatah lagi, antara syarat yang dikenakan oleh syarikat-syarikat kebanyakan menetapkan prioriti terhadap calon temuduga yang mempunyai pengalaman bekerja.
Selain itu, cadangan kenaikan gaji minimum juga harus diperhalusi serta diambil kira dari sudut status hidup bagi membendung kemiskinan Bandar yakni pendapatan yang tidak setara dengan perbelanjaan keperluan asas. Maka, bajet 2012 harus membentangkan strategi yang jelas dalam usaha untuk mengatasi pengangguran dalam kalangan siswazah. Peruntukan pelaksanaan Skim Latihan 1Malaysia yang bertujuan memberikan latihan kepada siswazah belum memberi sebarang jaminan kerja untuk golongan ini sedangkan seharusnya universitilah yang bertindak sebagai penyedia latihan bagi siswazah. Oleh itu, suntikan fiskal harus dilaksanakan oleh pihak berwajib dalam usaha untuk mencipta peluang pekerjaan, bukan sekadar memberikan latihan tanpa penciptaan peluang pekerjaan. Begitu juga, masalah ini makin meruncing apabila mereka terpaksa membayar hutang PTPTN yang harus dilangsaikan sedangkan mereka masih belum lagi mempunyai pekerjaan.
Justeru, bajet 2012 harus memberi penekanan kepada aspek strategi jangka masa pendek dan panjang dalam usaha untuk mengatasi masalah peningkatan sara hidup khususnya golongan mahasiswa serta mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Modal insan yang telah dicipta tetapi tidak dimanfaatkan kerana kekurangan penciptaan peluang kerja hanya akan menyebabkan berlakunya proses pembaziran tenaga manusia dalam negara. 
Penulis adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA

Thursday, October 20, 2011

Mungkin Aku Harus Pencen Daripada Facebook…

Kata mereka padaku (yang membawa maksud lebih kurang begini)

“Usahlah kau penuhi statusmu dengan kata-kata lawak jenaka mengarut kerana ia sememangnya lagho, membuang masa dan bisa melalaikan rakan-rakan Facebookmu yang tersenyum serta tertawa membacanya.”
“Tak perlulah kau ceritakan apa menu makan malammu tadi atau memuat naik gambar makanan tengaharimu nanti sedangkan di luar sana ada ramai           rakanmu yang sedang menderita kelaparan disaat itu.”
“Jangan kau serabutkan statusmu dengan cerita masalah, kesusahan dan penderitaanmu. Adakah kau mengidap sindrom Kurang Kasih Sayang lalu inginkan perhatian dan belaian? Jangan ingat nasib kau sahaja yang malang, seolah-olah hanya kau seorang sahaja yang ada masalah di dunia ini!”
“Perlukah kau bercerita dan menayang segala gambar dan berita tentang pengalaman melancong serata duniamu itu? Apa yang nak dibanggakan sangat dengan naik kapal terbang dan berjalan di negeri orang tu? Entah-entah pergi ke sana buat maksiat…”
“Kenapa kau harus isikan masamu dengan menulis ayat keTuhanan dan nasihat mengajak manusia kearah kebaikan? Cermin dulu dirimu sebelum kau nak menyibuk dengan amalan kami! Jika kau tiada ijazah Al-Azhar panjang sedepa, serban sekati di kepala atau bukannya peserta akhir Imam Muda, kami tiada masa mendengar ceramah bosanmu yang poyo itu!”
“Kami jemu melihat gambar hasil karyamu yang memenuhi ruangan foto Facebookmu. Apakah kau mahu dunia tahu dan kagum dengan kehebatan bakatmu itu? Atau hatimu memang penuh dengan sifat sumaah yang sentiasa dahagakan pujian?”
“Elehh… baru sehari dua baca Harakah, Malaysiakini dan blog politik; dah memandai-mandai nak bangkang dan protes itu ini! Kau harus memandang politik dan ekonomi itu dari perspektif berbeza serta skop yang lebih besar. Dasar katak bawah tempurung!”
“Mestikah kau sebarkan berita mengenai kejayaan dan kegembiraanmu di Facebook? Tidakkah kau tahu bahawa ia pasti akan mengundang riyak di hatimu dan hasad dengki di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kamu?”
“Hebat sangatkah ahli pemikir dan falsafah dari Barat itu sehingga saban waktu statusmu dibanjiri dengan kata-kata hikmah mereka? Ya, tidak dinafikan banyak ayat-ayat mereka itu benar dan mungkin berguna untuk dijadikan panduan. Tapi kau harus sedar bahawa mereka itu semuanya Yahudi dan agenda utama mereka adalah untuk menyesatkan kita!”
Inilah kenyataan dilema dunia Facebookku kini…
Bersembang perkara duniawi akan dituduh sesat dan mengkhayalkan oleh puak A. Berceramah tentang akhirat boleh membuat jiwa dan sanubari B berasa resah. Berangan perkara cinta bakal ditohmah sebagai karat oleh golongan C. Berdebat isu sosial atau kehidupan bisa membuat gerombolan D terasa hati. Bila berkongsi anugerah dan bakat jelas akan membuat sang E tidak senang duduk.
Oh!
Serba salah aku dibuatnya…
Apapun tak boleh!
Waktu tiada Facebook, aku dikata sebagai kolot dan ketinggalan kerana tidak mengikuti peredaran semasa. Pernah juga dituduh sebagai pemalas dan sombong pabila statusku jarang dikemaskini. Bila aku menulis, macam-macam pula leteran dan bebelanmu!
Kamu harus faham bahawa setiap manusia mempunyai pelbagai karakter dan personaliti. Kita menempuhi pembesaran, peringkat tuntutan ilmu dan pengalaman hidup yang berbeza-beza, lalu menjadikan kita berlainan di antara satu dengan yang lain, samada melalui pemikiran maupun tindakan. Perlukah setiap masa kita mahukan mereka menerima dan memahami kita sahaja?
Manusia membina perangai buruknya bukan dalam sehari dua dan mustahil juga untuk berubah menjadi baik dalam sekelip mata.
Jika ada antara rakan Facebookmu menulis sesuatu yang kau benci dan tidak cocok dengan jiwamu, janganlah terlalu cepat menghukum serta melenting. Halusi dulu kenyataannya, kenali orangnya dan cuba kau fahami isi hatinya. Terimalah rakanmu itu sebagaimana kau mengharap dia menerima diri kamu seadanya.
Untuk menjadi manusia yang hebat, kamu harus sentiasa mampu menerima, memahami serta dapat menilai segala kebaikan di sebalik keburukan pada tiap seseorang itu.
Sehitam-hitam tahi cicak wujud juga sedikit putih di hujungnya. Sebusuk-busuk tahi boleh juga dibuat baja penyubur tanaman.
Lihat dulu apa yang dikata dan bukan siapa yang berkata. Adakala mesej yang tersirat itu lebih bermakna daripada yang tersurat. Mana yang baik jadikan panduan dan apa yang buruk jadikan iktibar pada diri sendiri.
Sebenarnya aku amat berterima kasih kepada engkau, kamu dan dia yang sentiasa setia menegur serta sudi membetulkan sebarang kesilapanku sepanjang perkenalan kita. Aku juga terharu kerana keberanian dan kesungguhanmu berusaha untuk melihat aku, kami serta beliau berubah menjadi insan yang lebih baik.
Sungguhpun begitu, maaf kerana aku memang tidak dapat menulis status Facebookku sekadar untuk menyenang dan menggembirakan hatimu. Aku lebih senang menjadi diriku sendiri, samada di dalam Facebook maupun di alam nyata.
Daripada berpura-pura untuk nampak macam bagus, lebih baik aku terus pencen daripada berFacebook!
Maaf sekali lagi kalau tulisan kali ini membuatkan engkau, kamu dan dia tersinggung.
Seperti yang aku katakan tadi, aku menulis ikhlas sebagai diriku sendiri dan bukan untuk nampak macam bagus di mata kau, A, B, C, D ataupun E.
Atau kau berfikir bahawa aku sepatutnya menerima dan memahami dirimu lalu aku patut berpura-pura menulis sesuatu yang dapat menggembirakan serta memuaskan hatimu di sini?
Jika begitu mahumu, mungkin lebih baik kalau aku terus pencen daripada menulis blog juga!

Thursday, October 13, 2011

Kesan Negatif Pornografi Terhadap Otak


Ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.
“Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya,” kata Hilton serta menambah bahawa ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni kecanduan yang ditandai dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku. “Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari kecanduan kokain (dadah).”
12 fatamorgana tentang pornografi yang terlanjur tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:
1. Pornografi memberi makan pada ‘keinginan mata’ dan ‘keinginan daging’ yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi.
Dengan mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.
2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.
3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya. Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.
4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.
5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.
6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh ‘kejahatan terorganisasi’ yang mencari wang dengan cara haram.
7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya. Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si ‘mangsa’. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.
8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.
9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual. Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.
10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong. Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritik dari lingkungannya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai ‘topeng’.
11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius. Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.
12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.
Contoh kebohongan yang ditawarkan ialah :
a. Kebebasan seksual = kebahagiaan.
b. Penyimpangan seksual = normal.
c. Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar.
d. Setiap hari masturbasi = sihat.
e. Pornografi = tidak menyakiti siapa pun.
f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.
g. dll.

Tuesday, October 4, 2011

Pokok Hiasan Yang Sangat Berbahaya Kepada Manusia

Pernah tengok tak pokok keladi hiasan seperti di atas? Tak sangka pula rupa-rupanya pokok ini begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas! Harap pembaca IzoBlog.com berhati-hati semua.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam. sumber daripada :

Jenis-jenis Pokok Yahudi




Dan selepas sekian lama umat Islam ditindas, akhirnya umat Islam akan bangun dan kekuatannya adalah 2 kali ganda semasa zaman pemerintahan Islam di bawah Khulafa Al-Rasyidin. Pada ketika ini, umat Islam akan menentang Yahudi laknatullah secara besar-besaran. Orang-orang Yahudi ini akan berselindung di sebalik pokok-pokok dan batuan kerana takut akan dibunuh oleh umat Islam. Namun begitu, dengan kuasa Allah s.w.t, pokok-pokok dan batuan akan segera memberitahu umat Islam bahawa terdapat Yahudi laknatullah yang sedang menyorok disebaliknya.
Pernyataan di atas dibuktikan lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w :



Pokok Gharqad merupakan pokok "yahudi" iaitu sejenis pokok yang tidak akan memberitahu pejuang Muslim apabila ada orang Israel menyorok di belakang pokok tersebut semasa berlakunya tanda-tanda akhir hari Akhirat. Telah diceritakan di dalam Al-Quran dan hadis sahih bagaimana umat Islam ditindas di akhir zaman dan peperangan di antara orang Islam dan Yahudi laknatullah. Pada ketika itu, umat Islam terlalu lemah untuk berperang dan ditindas habis-habisan oleh Yahudi laknatullah.


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'Wahai muslim, Wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali pokok Gharqad (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".
Jika kita lihat daripada hadis tersebut, telah diberitahu bahawa pokok Gharqad tidak akan sesekali memberitahu umat Islam jika umat Yahudi bersembunyi di sebalik pokok itu. Ada kajian yang menunjukkan bahawa di setiap rumah orang Yahudi laknatullah di Israel telah ditanam dengan pokok Gharqad ini di sekeliling rumah mereka supaya mereka dapat bersembunyi di sebalik pokok tersebut. Boleh lihat di sini.

Ada pendapat menyatakan bahawa gambar di atas merupakan pokok Gharqad

Persoalannya sekarang ialah adakah benar Allah s.w.t memberi peluang kepada musuh paling utama umat Islam iaitu Yahudi laknatullah dengan memberikan tempat untuk menyorok supaya tidak dikesan oleh umat Islam atau ada maksud tersirat di sebaliknya. Hanya Allah s.w.t sahaja Maha Mengetahui.

African Boxthorn atau pokok Gharqad

Sunday, October 2, 2011

PROGRAM IHYA RAMADHAN MASJID ASSALAM KG CONTOH tahun 2011


AJK Masjid (Saudara Hussien),Wakil JKK kg contoh (saudara Mat Nor) persiapan terakhir menyemak senarai nama untuk para-para penerima penyumbang daripada masjid Assalam kg contoh.


              Ini adalah calon-calon untuk penerima sumbangan (saudara baru,fakir miskin dan juga anak yatim piatu) seramai 25 orang penerima sumbangan untuk program ihya ramadhan.




Persiapan untuk kali kedua oleh Ajk Masjid Adik Azman baadu sambil diperhatikan oleh pengerusi Masjid Assalam Haji Ismail Bin Haji Ayup.




Para Ahli jawatan kuasa masjid assalam mengambil tempat masing-masing di hadapan tempat beribadah.



Ucapan pembukaan daripada pengerusi majlis saudara najib dengan mengalu-alukan kedatangan para hadirin dan juga meraihkan para penerima sumbangan daripada Ajk Masjid Assalam.

Allah swt telah menwajibkan agar umatnya memperbanyakkan bersedekah untuk mensucikan diri apabila kita melihat dalam ayat al-quran firman Allah swt :


2:263. Ucapan yang baik, dan keampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan; dan Allah Kaya, Penyantun.

2:264. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membatalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang menafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan meninggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka mengusahakan. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
(diikuti gangguan, celaan - batal)

2:271. Jika kamu menampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat.
(menampakkan dan merahsiakan; untuk fakir; melepaskan daripada kejahatan)

2:276. Allah menghapuskan riba, tetapi sedekah, Dia membesarkan. Allah tidak menyukai setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang berdosa.
2:280. Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu menyedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui.
(orang yang berhutang)

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(menyedekahkan ganti rugi)

4:114. Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan pembicaraan rahsia mereka, melainkan bagi orang yang menyuruh memberi sedekah, atau apa yang baik, atau memperbetulkan antara manusia. Sesiapa yang berbuat demikian itu dengan menginginkan kepuasan hati Allah, sungguh Kami akan memberinya upah yang besar.
(pembicaraan rahsia untuk menyuruh bersedekah, membetulkan orang lain)

5:45. Dan di dalamnya Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan; tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebusan. Dan sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(pembalasan disedekahkan)

9:58. Antara mereka mencari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat berpuas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, maka mereka menjadi marah.
(bergaduh dalam penerimaan sedekah)

9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(untuk fakir, miskin, yang beramal terhadap mereka, hati bersatu, memerdekakan hamba, penghutang di jalan Allah, dan musafir)

9:75. Dan antara mereka ada yang membuat perjanjian dengan Allah, "Jika Dia memberikan kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih."

9:76. Maka apabila Dia memberikan mereka daripada pemberian-Nya, mereka kikir dengannya, dan berpaling, dengan memalingkan.

9:77. Maka akibatnya, Dia meletakkan kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka menemui-Nya, kerana mereka memungkiri Allah pada apa yang mereka menjanjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.
(janji nak sedekah semasa susah)

9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela, dan orang-orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan usaha mereka, yang mereka memperolok-olokkan - Allah memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
(memperolok-olokkan sedekah yang kecil)

9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk membersihkan mereka, dan untuk menyucikan mereka dengannya, dan rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar, Mengetahui.

9:104. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia mengambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?
(daripada harta - untuk membersihkan dan menyucikan; Allah ambil sedekah!!)

12:88. Maka apabila mereka masuk kepadanya, mereka berkata, "Wahai al-aziz, penderitaan telah menyentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah membalas orang-orang yang bersedekah."
(kisah Nabi Yusuf dengan abang-abangnya)

33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yangbersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar.(lelaki perempuan sama)

57:18. Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan mereka meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan untuk mereka, dan bagi mereka upah yang mulia.
(lelaki perempuan sama; pinjaman kepada Allah)

58:12. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia dengan rasul, maka sebelum pembicaraan rahsia kamu, dahulukanlah dengan satu sedekah; itu lebih baik bagi kamu, dan lebih bersih. Namun begitu, jika kamu tidak mendapatkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

58:13. Adakah kamu takut, sebelum pembicaraan rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak mengerjakan, dan Allah menerima taubat kamu, maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Allah menyedari apa yang kamu buat. 
(sedekah sebelum bicara rahsia dengan rasul)

63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau menangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang yang salih (baik).” (minta tangguh kematian kerana hendak bersedekah).

dengan harapan marilah kita bersama-sama memperbanyakkan bersedekah untuk kepentingan agama...




MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PENJUALAN PULAU-PULAU MENTUKOD, MENGALUM DAN PANDANAN


DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH (DPPNS) mengalu-alukan jawapan yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan Pulau-pulau Montukod, Mengalum dan Pandanan rujuk:http://www.theborneopost.com/2011/09/24/no-application-for-sale-of-islands-%E2%80%93-director). Namun DPPNS berpendapat ia masih mendatangkan kekeliruan dan tidak dapat memberikan gambaran penyelasaian yang konkrit bagi memastikan hak dan khazanah negeri Sabah terus terpelihara.

Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlaku pertukaran tanah atau “land swap” antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan Pemaju yang hanya dikenali sebagai Wisma Pertanian terhadap Pulau Mengalum sedangkan ia terletak di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) sangat bernilai yang kini telah menjadi tarikan pelancongan. Transaksi ini sebenarnya telah menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit di samping kehilangan khazanah yang sangat bernilai. Nyatakan Siapa Syarikat Pemaju Wisma Pertanian! Siapakah individu yang bertanggungjawab di sebalik Syarikat tersebut!

Bagaimana pula Pulau Pandanan boleh ditukar hakmilik kepada individu tertentu yang mempunyai keistimewaan untuk menjual pulau berkenaan di pasaran antarabangsa sedangkan pemilik waris yang mempunyai hak NCR di Pulau Pendanan Kecil, Datu Pangeran Ahmad bin Datu Ali Alam, menyangkal bahawa tiada waris mengambil tindakan menjual Pulau demikian. (rujuk: http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8524:osman-jamal-berbohong-dan-berniat-jahat&catid=69:tanah-adat&Itemid=75). Nyatakan siapakah individu terbabit. Jika urusniaga terbabit dibuat tanpa autoriti pihak terbabit maka ini boleh dianggap sebagai pencabulan terhadap hak pulau tersebut.

DPPNS juga ingin mendapat penjelasan bagaimana Pulau Montukod dan Pandanan yang memiliki status Native Title (NT) boleh dijual di Pasaran Antarabangsa sedangkan kebenaran hanya untuk aktiviti pertanian.

Jika penganugerahan status CL tersebut bertujuan membangunkan industri pelancongan di Pulau Mengalum mengapa tidak saja diserahkan saja peranan tersebut kepada Taman-Taman Sabah yang kini mengurus beberapa pulau seperti Pulau Tiga, Pulau Sipadan, Taman Marin Tun Sakaran dan Pulau Sipadan tanpa melepaskan setiap inci pun pulau tersebut kepada pihak Asing.

DPPNS mempersoalkan sekiranya penganugerahan pulau tersebut telah dilakukan pada sebelum dari kerajaan yang ada sekarang, apa tindakan yang perlu dilakukan untuk mempastikan kepentingan hak dan kepentingan bersama terjaga? Sedangkan Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya mampu menguatkuasakan undang-undang yang berada dalam ruang lingkup yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhan. Adalah memalukan jika pulau yang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritim dan kedaulatan negara di biarkan sahaja terlepas kepada Pihak Asing tanpa ada tindakan prerogatif dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya.

Oleh itu DPPNS mengulangi pendirian agar kerajaan menghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugian terutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Lahirul Latigu
Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah

(019-3692597)

Saturday, October 1, 2011

JUAL PULAU: PEMUDA PAS SABAH JUMPA MUSA AMAN

 01 oktober 2011 



KOTA KINABALU, 30 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) kelmarin telah menghantar memorandum kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah berhubung bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan sebagaimana yang didedahkan akhbar tempatan baru-baru ini.

Memorandum diserahkan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu kepada wakil Setiausaha Politik Ketua Menteri, Noorlaimah Hj. Marjan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Penyerahan dilakukan di Pejabat Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wisma Innoprise selepas solat Jumaat tadi.

Dalam memorandum yang diserahkan, DPPNS mengalu-alukan kenyataan balas yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan pulau tersebut.

"DPPNS berpendapat kenyataan tersebut masih kabur tentang perihal hak dan khazanah negeri Sabah agar terus terpelihara”

"Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlaku pertukaran tanah atau land swap antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan pemaju yang hanya dikenali sebagai Wisma Pertanian terhadap Pulau Mengalum sedangkan ianya terletak di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) yang sedia maklum sangat bernilai dan menjadi tarikan pelancong,” kata Lahirul.

Tambah Lahirul, transaksi ini sebenarnya telah menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit di samping kehilangan khazanah bernilai buat Malaysia amnya dan negeri Sabah khususnya. Beliau juga turut mengesa agar kerajaan negeri Sabah dibawah kepimpinan Barisan Nasional agar menyatakan dengan jelas mengenai siapakah Syarikat Pemaju Wisma Pertanian dan individu yang bertanggungjawab disebalik syarikat tersebut..

"Nyatakan siapakah individu terbabit dan jika urusniaga tersebut dibuat tanpa autoriti pihak terbabit, maka ini boleh dianggap sebagai pencabulan terhadap hak pulau tersebut.”

"Perjelaskan juga, bagaimanakah Pulau Montukod dan Pandanan yang berstatus Native Title (NT) boleh dijual di Pasaran Antarabangsa sedangkan kebenaran (pulau-pulau berkenaan) hanya untuk aktiviti pertanian,” tegas beliau.

DPPNS juga mempersoalkan mengenai status penganugerahan pulau tersebut yang telah dilakukan pada sebelum ini daripada kerajaan Barisan Nasional.

“Apa tindakan yang perlu dilakukan untuk memastikan kepentingan hak bersama terjaga? Sekiranya Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah, Bab 8 bagi merampas hak Tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampong dipedalaman, maka ia juga sepatutnya mampu untuk menguatkuasakan undang-undang yang berada di ruang lingkup yang sama bagi menjaga kepetingan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

"Adalah memalukan jika pulau yang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritime dan kedaulatan Negara dibiarkan sahaja terlepas kepada pihak asing tanpa ada tindakan prerogative dan bersungguh-sungguh pihak kerajaan mempertahankannya.

"DPPNS mengulangi pendirian agar pihak kerajaan menghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugian terutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah," katanya.

Turut mengiringi adalah Ketua AMK Sabah Saudara Jefri Jomion bersama AMK Sabah, Wakil Pemuda DAP (DAPSY) Sabah di samping Pemuda Pas dan penyokong.

Marilah Mengundi Pilihan Raya 13 Ndk Lama Lagi ba


          Jom kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas mari kita ramai-ramai daftar  sebagai pemilih tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat malaysia

Analisis Pakatan Rakyat menuju PRU 13 di Sabah


Pendahuluan
Pada 16 September yang lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah. Konvensyen ini dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.
Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Tawaran PR
Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan lain-lain.
Penerimaan rakyat Sabah terhadap PR pada masa ini adalah pada tahap yang amat baik. Di sesetengah kawasan, wakil PR sama ada terdiri daripada PAS, DAP atau PKR, dijadikan rujukan utama oleh masyarakat setempat untuk memberitahu masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah itu, hal ini menjadi simbolik kepada ketidakcekapan wakil rakyat BN yang ada untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Menurut Ketua Penerangan Pas Sabah, Hisamudin Sulaiman yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pensiangan, apabila beliau turun mendengar keluhan dan permasalahan masyarakat di kawasannya, di samping mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh BN, pada ketika itulah masyarakat sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu dan tidak diambil berat langsung oleh wakil rakyat yang dipilih oleh mereka dalam PRU lalu.
Beliau juga mendakwa bahawa penduduk kampung memberikan kepada beliau beberapa pucuk surat yang mengandungi berbagai-bagai permintaan daripada penduduk kampung. Beliau menegaskan kepada penduduk kampung bahawa tugas wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya bukan hanya untuk memberikan beras sekilo dua ataupun memberikan ‘tandas segera’, tetapi ia lebih dari itu, iaitu mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.
PAS mengukuh di Sabah 
Di kawasan Sandakan pula, penerimaan masyarakat terhadap PR juga pada tahap yang amat memberangsangkan. Masyarakat di sekitar Batu Sapi sangat teruja apabila mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Hadi akan turun ke kawasan mereka, namun harapan mereka untuk bertemu dengan dengan beliau tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Namun kedatangan beliau di tempat lain seperti di Tawau, amat meriah dan disambut dengan baik.
20 perkara yang ditawarkan oleh PR untuk rakyat Sabah dalam PRU ke 13 yang diurakan-urakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, merupakan antara isu yang sangat genting dan menjadi satu tuntutan kepada PR untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah jika PR berjaya menakluki ‘fixed deposit’ BN ini.
Antara isu yang cukup sinonim dengan rakyat negeri ini, adalah isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Di semua kawasan, terutamanya kawasan pedalaman, seperti di kawasan Pensiangan, kawasan Batu Sapi, dan kawasan Beluran serta di Merotai, penduduk kampung meneroka dan mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian atau penternakan. Apabila tanah-tanah tersebut diusahakan, ia sepatutnya menjadi milik penduduk yang mengusahakannya.
Namun, hal yang sebaliknya pula terjadi apabila kerajaan sewenang-wenangnya merampas tanah NCR tersebut. Pampasan yang dijanjikan hanya menjadi ‘pemanis mulut’ sahaja tanpa ada tindakan susulan. Rakyat dibiarkan turun naik ke mahkamah dan akhirnya kes ditutup.
Pembelaan yang sewajarnya dibuat oleh wakil rakyat seperti yang diharapkan oleh penduduk kampung, tidak terjadi. Malahan wakil rakyat pula hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada program nyanyian, kebudayaan dan acara tari menari yang sememangnya sinonim dengan jiwa wakil rakyat BN negeri ini.
Tahun ini, PAS Sabah amat tekun dan gigih untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi ‘fixed deposite’ BN pada PRU akan datang. Pada Mei tahun ini, Konvensyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah Hotel, Sandakan yang bermatlamatkan “merakyatkan PAS di Sabah” telah mengusulkan juga beberapa tindakan lain antaranya untuk menyebarkan isi kandungan Buku Jingga, menarik undi masyarakat bukan Islam, mengenalpasti permasalahan masyarakat setempat, kursus pilihanraya kawasan dan penekanan kualiti ahli.
Pada 17 September yang lalu pula, Konvensyen Pas Negeri Sabah telah berlangsung di Yaho Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran semua ahli PAS dari seluruh pelusuk negeri ini. Konvensyen yang berlangsung selama sehari ini turut mengupas mengenai Negara Berkebajikan: Tawaran Pas yang telah disampaikan oleh ahli parlimen Pasir Putih Kelantan, Ustaz Muhammad Husin.
Menariknya, konvensyen kali ini menggunakan buku MENEGAKKAN PERJUANGAN: Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiyyah yang ditulis oleh Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang turut digunakan ketika Ijtimak Tarbawi DPPP di Rusila Terengganu pada Oktober tahun lalu.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu ‘Menegakkan Perjuangan’, ‘Pilihanraya adalah Jihad dan Wasilah Perjuangan’ yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Sabah, Ustaz Nuruddin Abdullah dan pembentangan ketiga mengenai ‘Adakah PAS boleh menang dan memerintah Malaysia’ yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Hisamudin Sulaiman. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.
Jaringan PAS dan NGO
Konvensyen PAS kali ini juga disertai oleh beberapa wakil NGO yang turut serta bersama-sama memperjuangkan isu setempat, antaranya NGO ini bekerjasama dengan PAS Sabah untuk menangani isu alam sekitar yang melibatkan pembukaan lombong arang batu di Felda UMAS. Hasilnya, mereka berjaya menghentikan pembukaan lombong tersebut. Hal ini secara tidak langsung menampakkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang universal, tidak hanya merangkumi hal ehwal keagamaan semata-mata.
Di Sabah, pilihanraya Parlimen Batu Sapi yang diadakan tahun lalu adalah cerminan kepada usaha PR di Sabah, khususnya di Sandakan. Walaupun ketika itu wakil dari PKR yang menjadi calon bertanding, namun usaha untuk memenangkan calon ini turut dibantu oleh jentera dari semua parti PR. Hasilnya, lebih 3000 pengundi yang mengundi calon PKR ini. Ia merupakan satu ‘hint’ awal betapa rakyat Sabah mahukan perubahan yang lebih baik dan wakil rakyat dipilih biarlah menjadi mata dan telinga kepada rakyat di parlimen nanti, bukan hanya melihat dan membiarkan rakyat terseksa.
Keberkesanan pendidikan rendah PAS
Penerimaan masyarakat terhadap PAS juga turut dilihat melalui peningkatan murid yang berdaftar di PASTI yang ada di seluruh negeri. Hal ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat agar anak-anak mereka dapat dididik dengan baik dan berkonsepkan Islam.
Dakwah Islamiyyah turut dapat disebarkan secara ‘bil hikmah’ melalui PASTI. Rata-rata ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak ke sekolah PASTI, berpakaian tidak menepati syariat Islam dan disinilah peranan guru ditonjolkan. Beretika pakaian yang sopan dan menutup aurat merupakan tuntutan wajib untuk semua guru PASTI.
Pada masa ini juga, PASTI beroperasi di seluruh tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan sahaja. PASTI ada di bandar-bandar besar, di flat-flat mewah dan ada juga di kawasan perumahan elit. Hal ini menunjukkan bahawa PAS mampu untuk memberikan pendidikan bukan hanya kepada golongan sasaran tertentu sahaja tetapi merangkumi kepada semua golongan.
Rintangan seteru politik
Namun, kepastian yang nyata adalah pihak BN tidak akan pernah untuk berdiam diri membiarkan Sabah jatuh ke tangan PR. Ternyata pelbagai usaha difokuskan kepada negeri ini untuk memenangkan BN di Sabah pada pilihanraya akan datang.
Ketika syawal baru-baru ini pun, Ketua Menteri turun ke semua masjid yang ada untuk menyampaikan sumbangan dan membuat rumah terbuka menjamu rakyat yang dahagakan janji ketika PRU lalu. Pemberian beras dan barang-barang keperluan lain kepada golongan sasaran seperti ibu tunggal atau orang kurang upaya sudah menjadi kelaziman untuk wakil BN apabila turun bertemu masyarakat.
Malangnya wakil BN menganggap bahawa itu sudah cukup untuk memadamkan janji-janji yang dibuat ketika PRU lalu. Rakyat Sabah sudah bertahun hidup dalam keadaan yang sama, tidak ada perubahan yang drastik walaupun Sabah merupakan negeri yang kaya pada suatu ketika dahulu. Jalan raya misalnya, hanya dibaiki apabila tiba musim pilihanraya, jambatan di kampung hanya akan dibaiki apabila wakil rakyat BN akan melawat kampung tersebut dan jalan yang berlubang hanya akan ditampal apabila Ketua Menteri melawat kawasan tersebut.
Fenomena yang amat menyedihkan. Adakah rakyat yang tinggal di kawasan itu tidak berhak untuk mendapat kemudahan yang baik? Kenapa perlu tunggu ‘orang besar’ masuk ke kawasan tersebut baru semuanya akan dipulihkan? Saya menyarankan agar Ketua Menteri dan jemaah menterinya berulang alik dari Sandakan ke Kota Kinabalu, atau dari mana sahaja, dengan menaiki kereta melalui jalan raya yang ada. Biar mereka turut merasai betapa sistem perhubungan jalan raya yang ada di negeri ini berada pada tahap yang amat teruk.
Di kawasan Sandakan, misalnya di kawasan pedalaman Batu 12, sehingga saat ini penduduk masih belum mendapat bekalan air bersih walhal tempat tersebut mempunyai sekolah dan petempatan. Penduduk di kawasan itu juga perlu menunggu 11 tahun untuk mendapatkan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik.
Logik atau tidak rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapat kemudahan yang lebih baik? Sedangkan BN memerintah Sabah lebih lama daripada tempoh itu. Jika anda berkesempatan ke Sandakan, anda akan melihat sepanjang jalan dari Batu 14 hingga ke Batu 12, jalan raya sedang dalam proses pembesaran. Hal ini rentetan daripada jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Satu langkah yang amat baik dan disambut baik oleh semua penduduk namun persoalan yang timbul, kenapa sekarang usaha itu dibuat?
Kenapa tidak selepas sahaja kemenangan BN di Sabah pada PRU lalu? Bergerak pula ke kawasan bas ekspres Sandakan, anda akan melihat satu kawasan yang amat daif. Kawasan bas ekspress ini hanya terdiri daripada beberapa pondok tiket bas dan tandas serta beberapa gerai jualan makanan. Dan lebih malang lagi, kawasan bas ekspres ini tidak berbumbung.
Namun, jika anda ke Tawau atau Kota Kinabalu, anda akan dapat merasakan bahawa stesen bas ekspres yang ada setaraf dengan stesen bas ekspres di bandar utama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Cukup lengkap dan gah. Walhal, Ketua Menteri Sabah adalah anak jati Sandakan, namun mengapa Sandakan seakan-akan dianaktirikan, sedangkan Sandakan merupakan bandar terpenting selain Kota Kinabalu dan Tawau.
Stesen bas harian yang terletak di tengah-tengah bandar Sandakan turut mengalami nasib yang sama, dianaktirikan daripada pembangunan. Stesen bas ini tidak berbumbung, (kecuali stesen bas Labuk yang merupakan stesen bas swasta) dan ia sangat menyukarkan pengguna apabila hujan. Hal ini bertambah sukar apabila terdapat bas sesuatu kawasan yang adakalanya jauh dari tumpuan orang ramai.
Hal ini sudah wujud bertahun lamanya tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan negeri. Perkara ini patut dipandang dengan serius kerana kebanyakan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Jika hal ini tidak ditangani dengan baik, ia akan membebankan rakyat. Jika alasan sempit dan tidak ada ruang yang diberikan, ia adalah tidak relevan kerana kemudahan ini adalah lebih penting daripada pembinaan kompleks membeli belah (Harbour Mall) yang semakin pesat dibangunkan di pinggir bandar Sandakan. Jika kompleks ini ada tempatnya di bandar ini, kenapa pula tidak boleh diperuntukkan tempat untuk stesen bas harian?
Masalah setinggan
Isu setinggan juga amat sinonim dengan negeri ini sama ada di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Di Sandakan, kawasan setinggan BDC yang dulunya terletak di Batu 2 dirobohkan tanpa pembelaan yang wajar diberikan kepada penduduk yang terlibat. Kawasan tersebut kononnya akan digunakan untuk mendirikan Hotel Sri Malaysia namun sehingga ke hari ini, lebih dari 5 tahun kawasan setinggan itu dirobohkan, belum pun ada tanda-tanda pembangunan dilakukan. Semuanya hanya untuk menghapuskan kawasan setinggan agar negeri ini dikatakan ‘zero setinggan’ walhal hakikatnya rakyat merempat dan terpaksa mencari tempat tinggal yang lebih mahal kosnya.
Adakah ini langkah yang betul-betul bijak mengurangkan kemiskinan di Sabah? Penduduk masa kini yang tinggal di kawasan setinggan bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja tempat mereka akan dirobohkan. Ketika berkunjung ke Batu Sapi Ramadhan lalu, rumah penduduk di kawasan Kampung Lupak Meluas juga ingin dirobohkan dan tidak ada seorang pun wakil rakyat yang turun menjadi ‘front liner’ mempertahankan penduduk.
Apabila ditanya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab merobohkan kawasan tersebut, mereka hanya menyatakan bahawa wakil rakyat mereka yang memberikan arahan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh mereka hanya ‘menyayangi’ mereka apabila tiba musim pilihanraya sahaja.
Isu PATI
Kebanjiran PATI di Sabah juga tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan Negeri. Tawaran PR untuk PRU akan datang adalah menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Pendaftaran PATI sebagai penduduk tetap yang dijalankan oleh kerajaan bulan lalu amat membimbangkan.
Penduduk amat takut jika hak yang sepatutnya dimiliki dirampas dan diberikan kepada PATI. Pendaftaran yang dilakukan juga amat merobek hati penduduk, kerana ada antara penduduk tetap negeri ini yang terpaksa berurusan ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan penduduk tetap, tetapi kerajaan sewenang-wenangnya memberikan hak tersebut kepada PATI.
Rakyat menghabiskan ribuan ringgit dan perlu menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan kad pengenalan, PATI pula mendapat kerakyatan hanya dalam masa beberapa jam. Bukan itu sahaja, kebanjiran PATI di Sabah turut menyebabkan kadar jenayah meningkat. Pecah rumah, mencuri, penyeludupan rokok dan sebagainya turut membimbangkan masyarakat tempatan.
Pelbagai isu yang boleh dicanang untuk menjatuhkan BN di Sabah, point utamanya adalah menyampaikan kepada masyarakat tentang maklumat dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui.
Meraih kepercayaan penduduk tidak mudah, tapi apabila kita menyampaikan kebenaran insya Allah mereka akan dapat berfikir pilihan yang lebih baik. Jika tempat mereka tidak boleh diakses menggunakan internet, kita perlu turun menyampaikan. Keadaan di Sabah amat berbeza dengan kawasan lain.
Di Sabah ada tempat yang perlu untuk menaiki kereta pacuan empat roda, ada tempat yang hanya boleh menggunakan pengangkutan air, dan ada jalan yang tidak berturap, dan tanah merah. Namun semua ini bukan halangan untuk kita membantu menyampaikan kepada masyarakat. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat di bawah bayu ini mahukan perubahan kerana semuanya sudah muak menderita di bawah pemerintahan BN yang tidak mempedulikan rakyat.
Penutup
Bahang pilihanraya semakin terasa samada akan diadakan pada tahun ini atau tidak. Pelbagai usaha harus dijalankan oleh semua jentera pilihanraya kawasan. Penculaan, mengenalpasti permasalahan setempat, mendekati golongan sasaran, menarik undi bukan Islam, memantapkan kualiti ahli dan memperbanyakkan program dan aktiviti bersifat luaran, tidak hanya tertumpu aktiviti dalaman sahaja. Jika usaha sudah dibuat sebesar Gunung Kinabalu dan sedalam Lautan China Selatan, namun jika kemenangan masih belum diberikan, bersabarlah kerana Allah SWT beserta dengan orang-orang yang sabar.