HADIS 40

Saturday, November 12, 2011

Kerana Sebiji Telur




 Dzulhijjah 16 1432 : KISAH 5 BIJI TELUR ....... Sulran di sebuah negeri yang entah di mana lokasinya telah 


memanggil perdana menterinya (seorang lelaki) ke istananya. 


Tujuannya adalah untuk menguji kebijaksanaannya sebelum baginda mahu melantiknya semula sebagai 


perdana menteri atau tidak. 


Baginda sangat memerlukan seorang perdana 


menteri yang bijak, adil dan mesra. Di negeri baginda,


 pemilihan perdana menteri diadakan 5 tahun sekali 


tetapi pemilihannya tidak melalui pilihanraya tetapi 


atas perkenan baginda sendiri.


 Maka datanglah perdana menteri ke istana atas titah yang wajib dijunjung.


 Tibanya di istana ditempat yang biasa dia mengadap sultannya, beliau melihat sebiji 


mangkuk yang berisi 5 biji telur terletak di atas meja yang biasanya baginda menghidangkan minuman kepadanya. 


Telur apakah ini? perdana menteri tertanya2 di dalam hatinya. Tidak lama kemudian 


setelah baginda dimaklumkan bahawa perdana menteri telah berada di balai perjumpaan istana. 


Baginda datang bersama permaisurinya. Baginda tersenyum gembira. Perdana menteri merasa bahawa bukan berita duka yang mahu dititahkan kepadanya.


 Sultan : Wahai perdana menteri ku, beta memanggil hari ini adalah kerana masa untuk 


melantik perdana menteri yang baru hampir tiba. Sebelum beta melantik perdana 


menteri, beta ingin menguji kebijaksanaan tuan hamba dan rakyat jelata yang juga mahu menjadi perdana menteri.




 PM : Ampun tuanku, patik menjunjung perintah. Sultan mengambil bakul yang berisi 5 biji telur sambil diperhatikan oleh permaisuri beliau.


 Sultan : Tuan hamba, di dalam bakul ini ada 5 biji telur ayam kampung. Cubalah tuan hamba bahagi-bahagikan 5 biji ini antara kita bertiga dengan adil, sama banyak dan 


sama rata. Kalau tuan hamba dapat membahagikannya 5 biji telur ini sama rata, sama 


banyak antara kita bertiga, beta akan lantik semula tuan hamba menjadi perdana 


menteri beta untuk 5 tahun lagi.


 Sultan : Beta mahu menonton astro awani sekejap. 1 jam lagi beta mahu jawapannya.


 PM : Menjunjung perintah tuanku. Dalam hatinya berkata-kata, 5 biji telur nak 


dibahagikan sama banyak antara 3 orang? bagaimana ya? Siapakah di antara 


facebooker BN atau PR yang bijaksana dapat membahagikan 5 biji telur ayam itu 


kepada Sultan, Permaisuri dan Perdana Menteri itu sama adil, sama banyak .......

No comments: